Harini akak nak kongsi tentang 6 contoh penyakit akibat daripada asid berlebihan dalam badan kita.
Kita semua sedia maklum, gaya hidup serta persekitaran dan faktor pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan sebagainya menjadi penyumbang utama kepada masalah kesihatan tubuh badan kita dewasa ini.
Antara penyakit akibat asid berlebihan yang terkumpul dalam badan manusia ialah penyakit buah pinggang, kanser, kencing manis, darah tinggi, darah rendah, sembelit dan lain- lain lagi.
Bagaimana penyakit buah pinggang terjadi?
Antaranya adalah disebabkan oleh pengumpulan toksik di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan akhirnya mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Bagaimana pula dengan penyakit kanser?
Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan atau mengaktifkan sel kanser.
Bagi penyakit kencing manis pula, pengumpulan bahan toksik berasid di pankreas akan menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.
Toksid berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darah, menjadi sempit dan tersumbat. Kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat. Maka lama kelamaan terjadilah penyakit darah tinggi.
Manakala bagi penyakit darah rendah pula, toksid berasid akan menyerap ion kalsium di dalam jantung yang akan mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar kekurangan rembesan pelincir yang akan menyebabkan terjadinya sembelit.
Oleh sebab itu, adalah penting untuk kita minum air bersih dan air alkali yang bersesuaian dengan system badan manusia bagi mengembalikan tahap pH dalam badan kita selain mengelakkan pengumpulan asid berlebihan dalam badan.
Inginkan info tentang penapis air Coway model Inception yang mempunyai 2 jenis air dalam satu mesin boleh
KLIK DI SINI.